Wednesday, 15th January, 2025
Olympia Education
106 views
Jelajah Golf MyHE Olympian cungkil bakat baharu
Inisiatif Jelajah Golf MyHE Olympian diyakini mampu melahirkan jaguh golf negara dan memperkukuh pembangunan akar umbi, kata Muhammad Danial Faidz Jazmi.
KUALA LUMPUR: Pemain golf profesional negara, Muhammad Danial Faidz Jazmi percaya inisiatif penganjuran Kejohanan Jelajah Golf MyHE Olympian mampu menjadi antara platform melahirkan jaguh golf negara yang berupaya mengibarkan cabaran termasuk di pentas Sukan Olimpik pada masa depan.
Menyifatkan acara julung kali yang berlangsung di Kelab Golf Danau, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu sebagai strategik, Faidz berkata pembangunan sukan golf di peringkat akar umbi perlu diperkukuh dengan penyertaan lebih ramai pihak bagi meningkatkan lagi populariti sukan itu di tanah air.
"Sebagai pemain golf profesional, saya amat berbesar hati diberi peluang untuk menjadi duta dalam menyokong perkembangan sukan golf di peringkat akar umbi.
"Perjalanan saya dalam dunia golf bermula sejak usia 10 tahun, lebih 15 tahun yang lalu, sehingga membawa saya ke peringkat antarabangsa termasuk ke Amerika Syarikat," kata Faidz ketika ditemui selepas kejohanan berkenaan, hari ini.
Faidz berkata, pengalaman luas yang diperolehnya akan disalurkan sepenuhnya kepada generasi pelapis menerusi Olympian Golf Academy, yang diperkenalkan serentak dengan kejohanan berkenaan.
"Dengan penubuhan Olympian Golf Academy, segala pengalaman, ilmu dan pendedahan yang saya peroleh dapat dikongsikan semula melalui pendekatan pembangunan golf yang menyeluruh dan holistik. Dalam erti kata lain, kami membawa segala yang saya pelajari ke dalam satu platform yang berstruktur dan sistematik," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Olympia Education, Datuk Seri Abdul Rani Osman, berkata penganjuran kejohanan ini membuktikan bahawa golf kini bukan lagi sukan eksklusif, sebaliknya dilihat sebagai sukan masa depan yang mampu menarik minat golongan muda.
"Kita mahu menjadikan golf satu ekosistem yang merangkumi bakat muda, pendidikan serta teknologi moden supaya Malaysia tidak ketinggalan dalam pembangunan sukan ini.
"Dari kem junior hingga ke kem elit, inilah ruang untuk bakat anak-anak Malaysia diasah ke peringkat antarabangsa dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan sistematik," katanya.