Wednesday, 29th October, 2025
Olympia Education
92 views
Danial tekad majukan golf tanah air
Olympian Golf Academy ditubuhkan sebagai platform holistik dan berstruktur memajukan golf negara.
Kuala Lumpur: Pemain golf profesional negara, Muhammad Danial Faiz Jazmi berazam untuk membantu melahirkan lebih ramai bakat baharu menerusi penubuhan Olympian Golf Academy yang menjadi platform pembangunan sukan golf secara menyeluruh dan berstruktur di negara ini.
Menurut Danial, peluang untuk bergelar duta dalam menyokong perkembangan golf di peringkat akar umbi adalah satu penghormatan besar buat dirinya yang sudah lebih 15 tahun bergiat aktif dalam sukan itu.
Tambahnya, segala pengalaman dan ilmu yang diperoleh sepanjang bergelar atlet kini akan disalurkan semula menerusi penubuhan akademi berkenaan yang menekankan pendekatan pembangunan golf secara holistik.
"Perjalanan saya dalam dunia golf bermula sejak usia 10 tahun sehingga membawa saya ke peringkat antarabangsa termasuk ke Amerika Syarikat.
"Saya percaya, dengan perancangan yang jelas dan hala tuju yang kukuh, Olympian Golf Academy mampu menjadi sebuah platform terbaik untuk semua tanpa mengira usia atau latar belakang. Di sini, semua berpeluang menjadi seorang Olympian," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Olympia Education, Datuk Seri Abdul Rani Osman optimis Kejohanan Jelajah Golf MyHE Olympian 2025 menjadi platform pengenalan kepada Akademi Golf Olympia yang berperanan melatih generasi muda dan melahirkan pemain bertaraf profesional.
"Kita mahu menjadikan golf satu ekosistem yang merangkumi bakat muda, pendidikan serta teknologi moden supaya Malaysia tidak ketinggalan dalam pembangunan sukan ini.
"Dari kem junior hingga ke kem elit, inilah ruang untuk anak-anak Malaysia diasah ke peringkat antarabangsa dengan pendekatan yang lebih menyeluruh dan sistematik," katanya.